INQUIRIES




INQUIRIES

Company Policy / Polisi Syarikat

DASAR PEMBATALAN / CANCELLATION POLICY

1. Semua permintaan pembatalan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak kami melalui emel atau surat rasmi.

All cancellation requests must be made in writing via email or official letter.

2. Caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut: Cancellation charges will apply as follows:

a) Lebih 45 hari sebelum tarikh berlepas – Pemotongan RM200 setiap pax (urusan pentadbiran)

More than 45 days before departure – RM200 per pax (administrative fee)

b) 31–44 hari sebelum berlepas – Kehilangan deposit penuh (RM500 per pax) 31–44 days before departure – Full deposit forfeited (RM500 per pax)

c) 15–30 hari sebelum berlepas – Caj 50% daripada jumlah keseluruhan pakej 15–30 days before departure – 50% of total package price

d) 8–14 hari sebelum berlepas – Caj 75% daripada jumlah keseluruhan pakej 8–14 days before departure – 75% of total package price

e) 7 hari atau kurang sebelum berlepas – Caj 100% daripada jumlah keseluruhan pakej 7 days or less before departure – 100% of total package price

3. Tiada pemulangan wang (no refund) akan diberikan bagi sebarang ketidakhadiran (no-show), kelewatan ketibaan, kegagalan menyediakan dokumen perjalanan yang sah, atau keengganan untuk meneruskan perjalanan.

No refund will be made for no-show, late arrival, failure to present valid travel documents, or voluntary withdrawal from the trip.

4. Sekiranya pembatalan dilakukan oleh pihak syarikat atas sebab-sebab luar kawalan (seperti bencana alam, pandemik, sekatan kerajaan, dsb.), pemulangan bayaran akan dibuat selepas ditolak kos sebenar yang telah dibayar kepada pembekal.

If the cancellation is made by the company due to unforeseen circumstances (e.g. natural disaster, pandemic, government restrictions, etc.), refunds will be processed after deducting actual costs already paid to suppliers.

5. Pihak syarikat berhak menolak sebarang permintaan pemulangan penuh sekiranya pembatalan dibuat di luar had waktu yang ditetapkan, selaras dengan garis panduan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

The company reserves the right to deny full refunds for cancellations outside the stipulated timeline, in line with guidelines from the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC).

6. Sebarang tuntutan insurans (jika pelanggan ada polisi perlindungan perjalanan) perlu dibuat terus kepada syarikat insurans masing-masing.

Any insurance claims (if the traveller holds a travel protection policy) must be made directly with the respective insurance provider.

Nota: Polisi ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis, dan versi terkini akan digunapakai pada tarikh pembatalan.
Note: This policy is subject to change without prior notice, and the latest version will apply as of the cancellation date.

PEMBATALAN & CAJ (CANCELLATION & CHARGES)

  • >45 hari: Tolak RM200/pax (Urusan pentadbiran)
  • 31–44 hari: Kehilangan deposit penuh (RM500/pax) 15–30 hari: Caj 50% dari jumlah pakej
  • 8–14 hari: Caj 75% dari jumlah pakej
  • ≤ 7 hari: Caj 100% dari jumlah pakej

Tiada refund untuk no-show, lewat hadir, gagal sedia dokumen, atau tarik diri sendiri.

Jika pembatalan dari pihak syarikat (bencana, sekatan, dll.), refund akan ditolak kos sebenar yang telah dibayar.

Semua pembatalan mesti dibuat secara bertulis. Rujuk polisi penuh atas permintaan.

Cancellation requests must be in writing. Full policy available upon request.

PROSES PEMBAYARAN PAKEJ / TOUR PACKAGE PAYMENT PROCESS

Sekiranya bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan, tempahan boleh dibatalkan dan deposit tidak akan dipulangkan.

Failure to make full payment within the given time may result in cancellation, and the deposit will be forfeited.

Maklumat Pembayaran / Payment Details:
Nama Syarikat / Company Name: Scale Up Travel Sdn. Bhd. Bank: Maybank Berhad
No. Akaun / Account Number: 562973054419
Cawangan / Branch: Ara Damansara (Oasis Square)
SWIFT Code: MBBEMYKL (untuk transaksi antarabangsa)

Bukti pembayaran perlu dihantar kepada pihak kami untuk pengesahan. Proof of payment must be submitted to us for verification.

Polisi Pembatalan dan Terma & Syarat adalah tertakluk kepada peraturan semasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Cancellation Policy and Terms & Conditions are subject to MOTAC regulations.

DASAR BAGASI / LUGGAGE POLICY

1. Setiap pelanggan dibenarkan untuk membawa:
1 bagasi daftar masuk (checked-in luggage) – maksimum 30kg 1 bagasi kabin (hand-carry) – maksimum 7kg

2. Saiz bagasi daftar masuk yang dicadangkan ialah *28 inci* untuk keselesaan semasa pengangkutan dan penyimpanan di hotel, bas pelancongan serta ruang simpanan.

3. Berat dan kuantiti bagasi tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sekiranya bagasi melebihi had, caj tambahan akan dikenakan oleh pihak penerbangan dan adalah tanggungjawab pelanggan.

4. Pelanggan digalakkan untuk membawa bagasi yang berkunci, mempunyai tag nama yang jelas, dan mudah dikenalpasti bagi tujuan keselamatan.

5. Scale Up Travel Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan, atau kelewatan bagasi yang dikendalikan oleh pihak syarikat penerbangan.


1. Each traveller is entitled to bring:

1 checked-in luggage – maximum 30kg 1 cabin bag (hand-carry) – maximum 7kg

2. Recommended checked-in luggage size is *28 inches*, to ensure smooth handling during hotel check-ins, tour bus transfers, and storage.

3. Baggage weight and allowance are subject to the airline’s policy. Any excess weight will incur charges by the airline and will be borne by the passenger.

4. Travellers are advised to use lockable luggage with a clear name tag and easily identifiable markings for safety purposes.

5. Scale Up Travel Sdn. Bhd. is not liable for any loss, damage, or delay of luggage handled by the airline.

Polisi ini selaras dengan standard industri pelancongan antarabangsa dan tertakluk kepada pindaan tanpa notis.

This policy follows international travel standards and is subject to change without prior notice.

DASAR VISA / VISA POLICY

1. Setiap pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan dokumen perjalanan seperti pasport dan visa adalah lengkap, sah, dan tidak tamat tempoh sekurang-kurangnya *6 bulan dari tarikh berlepas di KLIA, Sepang*.

2. Bagi destinasi yang memerlukan visa pelancong (contohnya UK, Schengen, Jepun), pelanggan mesti mendapatkan visa sebelum berlepas, sama ada melalui:

– Permohonan sendiri
– Perkhidmatan visa pihak ketiga
– Bantuan dari pihak Scale Up Travel (jika disediakan)

3. Yuran visa (jika ada) tidak termasuk dalam harga pakej kecuali dinyatakan secara khusus dalam sebut harga atau invois.

4. Sekiranya permohonan visa ditolak oleh kedutaan atas sebab peribadi atau rekod perjalanan, pihak Scale Up Travel tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian atau pembatalan pakej. Polisi pembatalan tetap terpakai.

5. Pelanggan yang gagal mendapatkan visa sebelum tarikh akhir akan dianggap *batal penyertaan* dan tertakluk kepada caj pembatalan penuh.

1. Travellers are responsible for ensuring their travel documents, including passport and visa, are complete and valid for *at least 6 months from the departure date at KLIA, Sepang*.

2. For destinations requiring a tourist visa (e.g. UK, Schengen, Japan), travellers must obtain the visa in advance either via:

– Self-application
– Third-party visa services
– Assistance provided by Scale Up Travel (if available)

3. Visa fees (if any) are not included in the package price unless explicitly stated in the quotation or invoice.

4. If a visa application is rejected by the embassy due to personal issues or travel history, Scale Up Travel shall not be held responsible for any losses or tour cancellation. Standard cancellation policy will apply.

5. Travellers who fail to secure their visa before the deadline will be deemed as having *withdrawn from the trip*, and full cancellation charges will apply.

Polisi ini mematuhi keperluan imigresen antarabangsa dan KLIA serta tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
This policy complies with international immigration laws and KLIA regulations, and is subject to change without prior notice.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA POLICY)

Scale Up Travel Sdn. Bhd. komited untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami hanya akan mengumpul, menggunakan, dan menyimpan data peribadi pelanggan untuk tujuan berkaitan tempahan, pengurusan perjalanan, komunikasi, dan pematuhan undang-undang.

Maklumat peribadi yang mungkin dikumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada: • Nama penuh, nombor kad pengenalan/passport
• Nombor telefon, alamat e-mel dan alamat rumah
• Maklumat pembayaran

• Salinan dokumen perjalanan (passport, visa, dsb.)

Data ini akan digunakan untuk:
Urusan tempahan tiket, hotel dan visa
Pendaftaran insurans pelancongan (jika berkaitan) Pengurusan komunikasi sebelum dan semasa perjalanan Tuntutan keselamatan atau keperluan undang-undang

Scale Up Travel tidak akan mendedahkan data anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang atau diperlukan untuk pelaksanaan perkhidmatan.

Pelanggan boleh mengakses, mengemaskini atau memohon pemadaman data peribadi dengan menghubungi kami di:
scaleuptravel@gmail.com  +603-8657 7915

Scale Up Travel Sdn. Bhd. is committed to protecting our customers’ personal data in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 (PDPA) of Malaysia. We will collect, use, and store personal information solely for purposes related to travel bookings, operations, communication, and legal compliance.

Personal data collected may include but is not limited to: 

• Full name, IC/passport number
• Phone number, email, and home address
• Payment details

• Copies of travel documents (passport, visa, etc.)

Your data will be used for:
Flight, hotel, and visa bookings
Travel insurance registration (if applicable) Pre-trip and on-trip communication
Safety or legal claims processing

Scale Up Travel will not disclose your information to third parties without your written consent, unless required by law or for the provision of essential travel services.

To access, update, or request deletion of your data, please contact: scaleuptravel@gmail.com |  +603-8657 7915

Polisi ini tertakluk kepada pindaan tanpa notis dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan undang-undang. This policy is subject to change without prior notice and will be updated in accordance with legal requirements.

POLISI PEMULANGAN WANG / REFUND POLICY

1. Semua permohonan pemulangan wang (refund) hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mel rasmi kepada pihak Scale Up Travel Sdn. Bhd. bersama sebab pembatalan dan bukti sokongan (jika ada).

2. Pemulangan wang adalah tertakluk kepada polisi pembatalan yang telah ditetapkan oleh syarikat seperti berikut:

– Deposit tidak akan dipulangkan jika pembatalan dibuat selepas tempahan disahkan.

– Jika bayaran penuh telah dibuat, jumlah pemulangan akan ditolak caj pengurusan, kos yang telah dibayar kepada pembekal (tiket, hotel, visa, dsb.), dan penalti pembatalan.

3. Sekiranya pembatalan berpunca daripada pelanggan (contohnya gagal dapat visa, menarik diri, dokumen tidak lengkap), permohonan refund tidak akan dilayan sepenuhnya dan tertakluk kepada penalti seperti dinyatakan dalam polisi pembatalan.

4. Jika pembatalan dibuat oleh pihak syarikat atas sebab force majeure (bencana, sekatan kerajaan, wabak, keselamatan), pemulangan wang akan diproses selepas ditolak segala kos sebenar yang telah dibayar.

5. Proses pemulangan wang akan mengambil masa sehingga *45 hari bekerja* selepas pengesahan dan dokumentasi lengkap diterima.

6. Semua bayaran balik akan dipulangkan melalui kaedah pembayaran asal atau pindahan bank atas nama pelanggan yang membuat tempahan.

1. All refund requests must be submitted in writing via official email to Scale Up Travel Sdn. Bhd., with a valid reason and supporting documents (if any).

2. Refund eligibility is subject to the company’s cancellation policy:
– Deposits are non-refundable once the booking is confirmed.
– For full payments, refunds (if applicable) will be made after deducting administrative fees,

supplier costs (flights, hotels, visas, etc.), and cancellation penalties.

3. If the cancellation is due to customer-related reasons (e.g. visa rejection, voluntary withdrawal, incomplete documentation), no full refund will be entertained, and penalties as per cancellation policy shall apply.

4. In the event of cancellation by the company due to force majeure (natural disasters, government restrictions, pandemic, safety issues), refunds will be processed after deduction of actual costs incurred.

5. Refund processing may take up to *45 working days* from the date of approval and receipt of all required documents.

6. All refunds will be issued via the original payment method or bank transfer to the registered payer.

Polisi ini mematuhi garis panduan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
This policy complies with the guidelines of Malaysia’s Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) and is subject to change without prior notice.

PROFIL SYARIKAT

Scale Up Travel Sdn. Bhd. ialah sebuah agensi pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), dengan nombor pendaftaran 202401046204 (1592050-K).

Kami menawarkan pakej pelancongan ke luar negara dengan tumpuan utama ke destinasi Eropah dan Jepun. Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh seperti tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, Tour Guide profesional serta jadual perjalanan tersusun dan mesra Muslim.

Alamat:
A-1-3, Blok A, Oasis Square, PJU 1A/7A,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Website: www.scaleuptravel.com | +603-8657 7915

Jenama di bawah Scale Up Travel:

COMPANY PROFILE

Scale Up Travel Sdn. Bhd. is a licensed travel agency under the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC), SSM registration number 202401046204 (1592050-K).

We specialize in outbound travel services focusing on Europe and Japan. Our services include flight bookings, accommodation, ground transport, professional tour guides and fully curated, Muslim-friendly itineraries.

Address:
A-1-3, Block A, Oasis Square, PJU 1A/7A,
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Website: www.scaleuptravel.com | +603-8657 7915

Our Brands:

JENAMA KAMI /

OUR BRANDS

Trip Europe
Pakej ke destinasi popular Eropah seperti Perancis, UK, Switzerland, Itali dan banyak lagi. Fokus kami ialah kepada lawatan yang lengkap, tersusun dan mesra Muslim.
Travel packages to top European destinations like France, UK, Switzerland, Italy and more. Our focus is on fully-guided, structured, and Muslim-friendly experiences.

Trip Japan
Pakej khas ke Jepun dengan pengalaman unik seperti sakura, salji, budaya tempatan dan pengangkutan Shinkansen. Disertai Tour Guide fasih bahasa Melayu dan Jepun asas. Specialised Japan trips featuring sakura, snow, cultural immersion, and iconic Shinkansen rides. Guided by bilingual tour leaders (Malay + basic Japanese).


Scale Up Travel Sdn. Bhd. 202401046204 (1592050 – K)

We connect travel businesses to a world of possibilities with real-time systems, automation, and global inventory access. Whether you’re a travel agency, airline, or tour operator, Scale Up Travel helps you scale faster, smarter, and better.

Links

Brands

Contact

The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by Scale Up Travel and while we endeavour to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.


Copyright © 2025 Scale Up Travel Sdn. Bhd.


Privacy Policy